Tak apa, saya dah bangun dah.
Tak apa, saya dah lupakan dah.
Tak apa, saya tak marah dah.
Tak apa, saya dah tak nangis dah.
Tak apa, hati saya dah tak sakit dah.
Tak apa, saya dah biasa dah.
Tak apa, saya suka sendirian skrg dah.
Tak apa, asalkan awak masih gembira saya pun dah okay dah.
Tak apa, semua tu dah berlalu dah.
Then, saya rasa ni adalah ucapan selamat tinggal.
Walaupun kita dah tak beborak saya tau one day awak akan baca. Dan saya nak awak tahu, xkan ada seseorang pun kat dunia ni mampu replace tempat awak di hati saya. Selamanya saya tetap akan sukakan awak, cuma saya tak berani lagi. Tak berani lagi....
Awak, jaga diri elok elok. Makan sarapan, lunch dan dinner. Baru sehat dan kuat. Jgn selalu makan mekdi etc, tu x sehat. Minum banyak air kosong, jgn utamakan ribena semata mata. Dan last sekali, sebelum tido malam ingatlah 3 perkara :
Jangan lupa berus gigi...
Jangan lupa cuci muka...
Jangan lupa basuh kaki...
Kalo x awak tido mengigau ngigau. Cam budak kecik. Hihihi.
Saya rasa saya takkan menulis untuk blog ni lagi untuk satu jangka masa yang panjang.
Saya cuma update blog satu lagi. Tiada apa pun, cuma meluahkan rasa hati. Bercerita kisah sehari hari. Diri sendiri.
Then, sehingga jumpa lagi My ex-Future AgoGo.
Satu hari, sedang asyik berfikir satu persoalan tiba tiba muncul di minda.
Apakah benar ORANG YANG BERTATU TIDAK BOLEH MENJADI WALI....
Aku surf, aku cari, aku belajar, aku baca, aku hayati...
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan.
SYARAT SYARAT SAH MENJADI WALI dalam sebuah website.
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
Islam
Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
Adil
Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.
Oleh itu, dari statement di atas, rasanya orang yang bertattoo pun dah bule jadi wali asalkan memenuhi syarat2 di atas.
Aku bab agama ni jahil.
Kalo ada salah sila la betulkan.
Aku berfikir, dari sudut aliran darah yang mengalir.
Thanks.
Kali ni, aku terbaca pasal meteor.
Bajet2 nak belajar pasal astronomi tapi agak terkejut sebab terbaca pasal hujan meteor.
Orang kata, hujan meteor ni terjadi tiap2 tahun.
Cuma manusia yang mengkaji je baru leh nengok.
Orang2 malas mengkaji cam aku ni, bila ada dalam berita baru la nengok.
Apa2pun, dari bacaan aku yang aku paham mende ni memang selalu jadi tiap2 tahun.
Cuma rate utk melihat meteor yang RARE cam Halley tu je jarang.
Halley dikatakan muncul hanya setiap 74 tahun (or maybe 76 tahun).
Malah, Halley dulu dikatakan kedatangan Naga Besar yang nak singgah ke bumi.
Akibat dari persinggahan Naga Besar nanti udara akan hilang oksigen selama 5 minit.
Tu la cite mitos dari Jepun.
Haha....
Tapi tu dulu, zaman tu teknologi x maju.
Nak kira rate bencana alam cam banjir besar kat China pun susah.
Skrg dah maju, ntah2 ada setelit tgh tgk aku duk update blog ni, sapa tau. Haha
Meteor bule dinamakan ikut nama orang yang menemuinya.
Namun, untuk menamakan sesuatu meteor, perlukan banyak rujukan.
Seperti mampu menentukan orbit meteor tersebut, jangkamasa berselisih dengan bumi, dan banyak lagi.
Bila dah dapat pivot yang betul baru la nama seseorang yang menemukannya itu akan disahkan.
Malam ni, manusia di bumi sekali lagi akan melihat sekumpulan meteor (hujan meteor) yang akan berselisih dengan bumi dalam orbit.
Maybe banyak, maybe sikit. Itu berpandukan kepada lokasi kedudukan kita sendiri.
Kalo duk melepak kat kawasan selalu ujan, memang sikit la kut dapat lihat.
Sebab terlindung dengan awan.
Kalo Cyberjaya ni yang panas gersang setiap masa, rasanya xde prob kut.
So, sesapa rasa nak berkelah malam ni melihat keindahan panorama yang jarang2 kita ada masa nak lihat. Sila la ajak saya sekali ya untuk melihat Hujan Meteor Perseids.
Hihihi....
Selamat ber-meteor.
Maybe dia busy.
Kata naluri aku.
Bila taipan jemari menjadi sebuah panggilan. Bila panggilan selalu diabaikan.
Bila pesanan selalu tinggal persoalan.Bila jaminan selalu menjadi prosa perkataan.
Bila tiada lagi gelak tawa sakan.
Maybe beliau busy.
Tambah jiwa aku.
Bila tiada lagi panggilan. Bila tiada lagi sebuah keindahan.
Bila janji hanya ditinggalkan tanpa jawapan. Bila kata kata hanya sebuah perumpamaan.
Bila tiada lagi ucapan.
Uratku bukan dawai, ketul dagingku bukan besi.
Aku manusia biasa yang punyai pertiwi. Yang punya impian dan kemahuan sendiri.
Cuba mengorak langkah menjadi lebih berani. Menghadapi liku liku perjalanan di esok hari.
Dan, mengatasi. Terus mengatasi.
Sampai bila bila, tanpa henti.
Fikiranku bukan sistem pemprosesan maklumat yang sunyi.
YES or No atau ONE or TWO tiada THREE.
Bukan mengamalkan get logik sendiri.
Aku manusia kersani. Yang cuba belajar dari apa yang dikatakan kesilapan diri.
Memastikan diri terus mengungguli.
Jiwaku bukan lembah sunyi.
Jauh sekali kering kontang dengan hiburan duniawi.
Aku cuma cuba menyepi untuk memahami dan difahami.
Yang cuba mengerti sebuah maksud kendiri.Demi mengorak alun alun globaliasi.
Supaya aku terus mampu untuk berdiri.
Ahh....
Aku pun busy.









